03 July, 2012

kau tak pernah kenal siapa aku

assalamualaikum

katalah aku, kejilah aku.. aku akan berdiam
pekik padaku, sumpah padaku.. tetap akan aku berdiam

sakitnya aku, pedihnya aku.. tidak mungkin kau tau
biarlah aku terus memendam rasa, menahan perasaan ini hingga ke akhir hayatku

takdir telah menentukan nasibku yang sebegini rupa
dan aku redha

tidak perlu kau tau semua cerita hidupku
tak perlu kau tau semua tentang diriku

jadinya aku sebegini, tak mungkin tau tahu kau antara puncanya
tak mungkin kau sedar kerana kau tak pernah memahami

semuanya telah terlambat untuk kau sesali
kau tidak kenal siapa aku
dan tidak pernah akan kenal siapa diriku

malam berteman sepi, cahaya bintang tiada lagi
tiada bulan menerangi hari-hari sunyi
tinggalkah aku sendiri, mengenang nasib diri
namun aku masih teguh berdiri, menjaga dan melindungi sekeping hati ini

biarpun tiada siapa yang mengerti
biarpun tiada siapa yang peduli
aku akan tetap menanti
sehingga dia membawa aku pergi
memberi kehidupan yang lebih bererti, lebih menghargai dan disayangi

ape nie? masterpiece?? hahaha. eqa jumpa dalam belog lama. sajak la kali. =P bila jugaklah eqa buat ni. ish3... hehehe

No comments: