16 March, 2012

. Kisah 3 Hari

assalamualaikum

ini kisah yang berlaku pada eqa selama 3 hari ni. ya, badan eqa masih menggeletar semasa menaip entry ni walaupun telah berjumpa doktor..huhuhu

al kisahnya, kalau tak silap, ia berlaku pd hari rabu. ntah knp mood eqa tak brp baik pada hari tersebut. masa eqa baring-baring atas katil. diri eqa diselubungi rasa takut. sangat takut. tahu apa yg eqa takutkan? eqa takut mati. eqa mengarut? taaakkk.. ni apa yang eqa rasa. mgkin juga susulan kejadian yang berlaku akhir-akhir ni (eqa tak ber-kudrat nak ceita. sory)

jadi, tiba-tiba eqa rasa takut. eqa rasa, eqa bakal menghadapi saat-saat itu. dan sesungguhnya eqa tak bersedia. eqa mula menangis dan terus menangis. masa tu jugak, eqa tak dapat call si dia. eqa menangis dan menangis ketakutan. kawan-kawan, eqa sedar mungkin eqa banyak dosa. maka, eqa mahu terus diberi peluang untuk hidup bagi eqa perbaiki diri eqa, untuk menjadi insan yang solehah. 

eqa mula mencari teman untuk berbicara. org pertama yang eqa cerita adalah pd junior eqa (bakal ustaz, insyaAllah). saling tukar pendapat dan mendapatkan nasihat. namun, diri eqa masih tidak tenang.. sehinggalah semalam. sepanjang hari eqa menangis. eqa solat, eqa doa, eqa minta pada Allah, panjangkan umur eqa. eqa sangat tak bersedia. eqa betul-betul takut. paling kasihan pada si dia. sbb eqa selalu call si dia. dan si dia bersabar mendengar dan ada untuk eqa. sampai malam, ramai jugak yang eqa ceritakan tentang apa yang eqa rasa. eqa minta, mereka doakan, supaya eqa dipanjang umur dan supaya eqa tenang. semua menasihati eqa untuk tidak fikir bukan-bukan. tapi, eqa takut... selepas cerita pada kawan baik eqa, Alhamdulillah, eqa perasaan tidak selesa itu semakin jauh. dan eqa tidur, walaupun tak lena sangat sbb aswad berdengkur -____-"

pagi tadi, tubuh eqa masih menggeletar dan prasaan tu datang kembali. Ya Allah, kenapa dengan eqa ni? eqa berdoa kpd Allah. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. si dia juga, masih bersabar dan sentiasa ambil berat akan diri ini. sehinggalah, eqa chatting dengan seorang kawan eqa. eqa cerita pada dia tentang apa yang eqa rasa. eqa bgtau pd dia, "akak nak tengok tanda2 org yang bakal ..... tapi akak takut".. dan dia tolong tengokkan untuk eqa. siap kasi link. lagi eqa takut, ada tandanya, iaitu pada 100 hari, seluruh badan bergetar.. Ya Allah! dapat tak korang semua rasa apa yang eqa rasa? eqa betul-betul takut. tapi, kawan eqa suruh eqa buat pemeriksaan pada doktor dulu...

dan eqa pun pergi ke Hospital. nasiblah doktor perempuan. eqa nak bgtau dia, badan eqa menggeletar..tapi, suara eqa yang menggeletar..

doktor : kenapa nie? kenapa suara awak menggeletar??
eqa : (menangis).. jap jap.. fuhhhh~
doktor : awak ade masalah? takpe awak cerita dulu apa masalah awak
eqa : (eqa pun cerita badan eqa menggeletar dah 2 hari. mula start jadi masa eqa tetiba teringatkan pasal mati. eqa demam jugak )
doktor : awak demam, dan awak rsa macam nak mati??
eqa : tak doktor, bukan saya rasa macam nak mati.. tapi, perasaan saya. saya terasa seperti saya bakal.....
doktor : kalau mcmtu, ini tindak balas biasa sbb awak takut.. bla...bla..bla..

eqa ringkaskan cerita, eqa bgtau dia tentang senior eqa yang maut akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. dan mungkin eqa terlalu memikirkan. mungkin juga, eqa meletakkan diri eqa pada tempat arwah dan eqa merasakan bagaimana perasaannya itu. adakah eqa keterlaluan? dan eqa sedar, diri eqa banyak dosa. eqa sangat takut dan sangat tidak bersedia andai sudah tiba masa eqa..

doktor suruh eqa buat pemeriksaan darah dan tekanan darah. Alhamdulillah, eqa okay je. takde masalah. dan dia kata, eqa kena cari penyelesaian sndri, mengatasi rasa takut eqa tu. malah, doktor jugak suruh eqa kembali ke hospital jika eqa masih berkeadaan begitu dan akan dirujuk pada kaunseling..

kawan-kawan dan para pembaca,

keterlaluankah eqa? apa yang patut eqa lakukan? adakah sudah tiba masa eqa? kawan baik eqa bagi nasihat, yang ini semua kerja Allah, kita takkan pernah tau. tapi......kenapa eqa rasa mcmni? mungkin Allah nak menyedarkan eqa kan? tapi, masih berpeluangkah untuk menjadi seorang guru, seorang isteri dan seorang ibu kelak? eqa berdoa, kepada Allah. ya, eqa ingat Allah, eqa solat, eqa mengaji. eqa nak jadi lebih baik. eqa nak diberi peluang T____T

kawan-kawan dan para pembaca,
doakan eqa ye? doakan eqa panjang umur beserta kesihatan yang baik ye? eqa nak diberi peluang untuk berubah. eqa nak jadi cikgu, eqa nak jd isteri dan ibu. eqa nak jadi hamba yang solehah. eqa minta, semua doakan eqa ye.
Alhamdulillah, rasa takut agak berkurang. cuma, badan eqa masih menggeletar. mungkin sbb eqa tak makan tengahhari tadi dan muntah. eqa harap semua mendoakan eqa. ini luahan hati eqa. 

thanx for reading dan terima kasih kerana mendoakan yang baik buat eqa
hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian

Waallahualam


03 March, 2012

.CAPIKA

assalamualaikum
its from my creative fren, Zareha a.k.a XarXar
she and her fiance called me CAPIKA
aiiiippp.. tak capik ea! -____-"

Makasi dear Fren..

LotsaLove,
eqaira

.Seminar Jejak Budaya


assalamualaikum
Khamis yg lepas telah dijalankan Pembentangan Kajian Lapangan "Jejak Budaya" bagi Subjek Budaya dan Pembelajaran. Semua pelajar Semeter 5 terlibat dalam menjayakan Kajian Lapangan dan Seminar Jejak Budaya ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. eqa juga berjaya tampil ke hadapan dan berucap tanpa pengsan.. >__<"

this few weeks mmg busy sangat-sangat. ade org kata, menjadi seorang guru itu sangat senang kan? TAPI, untuk mempersiapkan diri bagi menjadi seorang guru, ain't that easy. lagi-lagi menjadi seorang bakal Guru Pemulihan dan Matematik. eqa nak update belog nie, tapi... tunggu la ea.. minggu depan bakal busy jugak dengan micro teaching. wiSh me all da beSh! kay? thanx =)

Minggu lepas+Minggu ni
Seminar Metodologi Kajian 
Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar
RPH for MTE 3109 and MTE 3110
BBB for Micro Teaching (Suddenly delayed for next week!)
Seminar Jejak Budaya

insyaAllah, minggu lagi satu eqa update. sebab cuti penggal! yeay! eqa kn bakal cikgu, cuti lah, kan? but then, rse kene buat tusyen utk adik2 nie. for aswad and tasya. Ayah dan Kakak, punyalah cikgu, sayanglah kalau tak ajar adik-adik kan? insyaAllah.. siapkan semua assignment ni semua dan buat plan for this budak-budak. ^__^- and prepare for PRAKTIKUM. oh my! excited but nervous too! its for one Month.. Good Luck Cikgu Shafiqah! yeay!
Selaku Pembentang Ke-3. eqa tak FOTOGENIK!
sekian T__T
LotsaLove,
eqaira